Tidak ramai yang tahu kisah perjalanan hidup PENGASAS DLP, En.Helmy Yahya B.Hashim. Anak ke 3 dari 5 orang adik beradik ini berasal dari Muar Johor dan menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah sahaja ( SPM ). Dengan berbekalkan sijil SPM beliau tidak menyangka permohonan beliau ke UITM Shah Alam pada tahun 1998 di terima kerana keputusan beliau hanyalah pangkat 3. Beliau di terima melanjutkan pelajaran dalam jurusan MASS COMM ( sebaran am ).
 
Semasa itu, hatinya sudah mula berbelah bagi kerana beliau tahu keluarganya datang dari keluarga yang susah dan tidak mahu menyusahkan keluarganya. Bapanya hanyalah pesara atendan hospital dan ibunya hanya suri rumah dan meniaga kuih secara sambilan. Beliau ketika itu sudah mula membayangkan akan kesusahan yang harus di tempuh oleh kedua ibu bapanya. Tetapi, apakan daya, tidak tergamak rasanya untuk memberitahu yang beliau tidak mahu melanjutkan pelajaran kerana beliau adalah anak pertama yang berjaya ke universiti dalam keluarga ketika itu. Ketika di UITM Shah Alam, selepas habis kelas beliau akan segera ke TAMAN TUN DR ISMAIL Kuala Lumpur kerana membuat kerja sambilan meniaga burger di sana. Beliau sudah dapat rasakan yang ibunya bertungkus lumus menjaja kuih dan bapanya pula kembali bekerja sebagai penjual kereta terpakai, di sebabkan itu, beliau nekad untuk berhenti dari belajar. Semasa itu, tuhan saja yang tahu berapa remuknya hati ibu bapa beliau bila di beritahu keinginan untuk belajar sudah tiada.
 
Kehidupan beliau ketika itu sudah mula tidak menentu kerana selepas tidak meneruskan pengajian, banyak permohonan kerja ketika itu di tolak. Beliau ketika itu yang menyewa bilik di TTDI melakukan berbagai-bagai kerja termasuklah pernah menjadi pencuci kereta di stesyen minyak MOBIL TTDI. Pernah suatu ketika, beliau tidak menjamah nasi selama seminggu dan hanya minum air masak sahaja untuk menhlangkan lapar dan dahaga. En.Helmy juga pernah bercerita dalam satu kursus motivasi yang di anjurkannya, oleh kerana terlalu lapar, beliau pernah makan sepuas-puasnya di restoran ( UPTOWN ) dan lari selepas itu kerana tiada duit untuk bayar. Semasa itu, tiada pilihan lain kerana rasa macam hendak mati kerana tidak makan. Tetapi beliau datang kembali ke restoran tersebut selepas hidupnya mula berubah dan beliau bayar selepas makan malam disana, cuma baki not rm50 tidak di ambil kerana hutang makan yang lalu.
 
Episod duka cerita beliau tidak habis di situ, beliau di terima kerja di salah sebuah perbadanan pra kerajaan sebagai seorang PAR. Bila di amati tugas yang harus di pikul, hanyalah menghantar surat di setiap jabatan yang ada. Beliau ketika itu sudah berpindah ke rumah yang lebih murah sewanya iaitu di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Ketika itu, beliau hanya mampu untuk menyewa rumah setinggan sahaja. Gaji bersih beliau ketika itu hanya tinggal rm450 sebulan dan makanan rutin hariannnya hanyalah MAGGIE sahaja. Jika ada kesempatan, anda semua boleh temui beliau yang luar biasa hebat di seluruh malaysia dalam ROAD TOUR SEMINAR BELIAU.

YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG PENGASAS DLP

  • PERNAH JUAL BARANGAN AKSESORI TELEFON BIMBIT DARI MEJA KE MEJA SEKITAR DAMANSARA DAN SRI HARTAMAS KUALA LUMPUR.
  • BUKAN MENYEWA RUMAH SETINGGAN, TETAPI MENYEWA BILIK DI RUMAH SETINGGAN.
  • BERNIAGA BURGER DI TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR
  • IBU BAPANYA PERNAH MENYURUH BELIAU KEMBALI KE KAMPUNG DAN BEKERJA TETAPI BELIAU DEGIL DAN MALU JIKA PULANG KE KAMPUNG
  • BANYAK KALI DI HALAU OLEH TUAN RUMAH KERANA TIDAK BAYAR SEWA
  • JUAL SEMUA KELENGKAPAN RUMAH UNTUK SERTAI MLM

 

TRANSFORMASI HEBAT KEPADA :

  • MENCEBURKAN DIRI DALA DUNIA MLM KETIKA BERUSIA 22 TAHUN. SYARIKAT PERTAMA YANG BELIAU SERTAI ADALAH OMEGATREND DARI AUSTRALIA. KETIKA ITU BELIAU SUDAH MULA MINAT DENGAN JUALAN LANGSUNG DAN BERJAYA KE SYDNEY PROMOTION.
  • BAWA BAPA BELIAU KE SYDNEY
  • MENJADI JUTAWAN DALAM E-NETWORKING KETIKA BERUSIA 26 TAHUN.
  • BELIKAN BAPANYA SEBUAH KERETA DAN IBUNYA SEBUAH RUMAH.
  • TELAH MENGANJURKAN LEBIH DARI 200 SEMINAR DAN KURSUS MOTIVASI
  • MENJADI PENCERAMAH DI INDONESIA, BRUNEI DAN SINGAPURA
  • BERUCAP DI DEPAN 7000 ORANG DI STADIUM MELAWATI
  • PENGASAS KEPADA MODUL DLP ( TRANFORMASI DIRI )
  • NO 7 PENDAPATAN TERBANYAK DARI 200 RIBU AHLI
  • DI KENALI SEBAGAI MAT DISPATCH JUTAWAN
  • MEMPUNYAI JARINGAN 30,000 ORANG HANYA DALAM MASA 3 TAHUN.

 

 

 

 

 


Contact

DIFFERENT LEVEL

sunway mentari business park
selangor
47301


6019 273 6979
EN.HELMY
selepas jam 2 petang sahaja



Poll

kekayaan atau kesenangan?

kekayaan (16)
53%

kesenangan (14)
47%

Total votes: 30